menu

Tuesday 2 August 2016

BENGKEL SENANGNYA ICT “AUDACITY DAN PHOTOSTORY” @ MMAS

TARIKH : 17.03.2015
MASA: 9 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
TEMPAT: MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR KEDAH
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR SEKOLAH  MENENGAH

PENERANGAN MENGENAI PROGRAM:

            Program ini adalah usahasama di antara Guru Kelab Komputer Maktab Mahmud Alor Setar Kedah dengan Pusat Internet Desa Zon 1. Seramai 54 orang pelajar menyertai bengkel ini. Bengkel ini di berikan 2 sesi iaitu Bengkel Audocity dan Bengkel Photostory. 

Bengkel dimulakan dengan En. Shahiran Mohd Ali dari PID Kupang memberi taklimat berkenaan perisian audacity. Berikut adalah agenda modul audacity:

Audacity
1.                   Pengenalan
2.                   Objektif
3.                  Merakam suara
4.                  Memendekkan muzik/lagu
5.                  Menambahkan kesan muzik/lagu
6.                  Latihan
7.                  Kesimpulan

Audacity adalah sebuah perisian yang digunakan untuk menyunting muzik seperti merakam suara, memendekkan muzik dan sebagainya. Photostory adalah sebuah perisian membuat video seakan-akan movie maker. Photostory hanya digunakan untuk menerbitkan fail gambar ke bentuk video sahaja.

OBJEKTIF

1.       Mengasah bakat dan kreativiti para pelajar.
2.       Menggalakkan pengunaan aplikasi percuma.
3.      Mempelajari teknik merakam dan mengedit bunyi.
4.      Menerapkan kreativiti dalam penghasilan digital story telling
5.      Menerapkan kemahiran membuat skrip berdasarkan gambar 
6.      Diakhir kursus, para peserta dapat menerapkan kemahiran membuat video, menulis skrip, memasukkan suara  dan memilih lagu yang bersesuaian dengan video yang akan dipamerkan.


Kemudian Photostory disampaikan oleh Pn. Siti Rahmah Samsuden dari PID Yan. Berikut agenda modul Photostory :
Photostory
1.                   Langkah memulakan photostory
2.                   Memasukkan gambar
3.                  Memasukkan kesan khas
4.                  Memasukkan suara dan lagu
5.                  Menyimpan dan mempamer hasil kerja

Bengkel ini juga dibantu oleh fasilitator  dari PID Zon 1 iaitu
En. Mohd Faizan Mahmood,
En. Shamsul Affandi,
Pn. Rahimawati Rahim dan
Cik Nurlina Muhammad Hatta.

PENUTUP


Setelah mempelajari dua perisian ini, para pelajar diminta menghasilkan sebuah video pendek bertajuk. Video tersebut dipamerkan dan diberi ganjaran hadiah bagi video terbaik. Diakhir kursus para pelajar dapat menghasilkan sebuah video pendek bertajuk “Sekolahku” dengan menggunakan kedua-dua perisian.


No comments:

Post a Comment