menu

Thursday 11 January 2018

BENGKEL LANJUTAN ADOBE PHOTOSHOP


Bengkel  Adobe Photoshop
PUSAT INTERNET DESA SIMPANG EMPAT

TARIKH : 10.1.2018
MASA:  9.00 Pagi- 1.00 petang
TEMPAT: Pusat Internet Desa Simpang Empat Perlis
BIL. PESERTA : 3 ORANG
KUMPULAN SASARAN: Belia

OBJEKTIF PROGRAM:

1.       Mengajar para pelajar di pendalaman mengenai adobe photoshop
2.       Mengajar para pelajar mengenai editing gambar
3.       Membuat Banner yang ringkas.

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Tiada

PENGISIAN:

Pengisian yang pertama , slot Video (asas) sebagai pengenalan “ apa itu Adobe Photoshop” , “ bagaimana teknik-teknik pembelajaran “ dan mereka haruslah menghasilkan sesuatu  hasil kerja yang terhebat sepanjang sesi pembelajaran di jalankan.





Tuesday 2 January 2018

Trowback 2017 - Kelas Eusahawan bersama Usahawan-Usahawan Peladang Lubuk Batu Jitra Kedah



-BERKOLABORASI BERSAMA PELADANG LUBUK BATU JITRA KEDAH-
NAMA PROGRAM: BENGKEL e-REZEKI dan e-USAHAWAN
PUSAT INTERNET DESA SIMPANG EMPAT

TARIKH : 07.12.2017
MASA:  9.00 Pagi -5 Petang
TEMPAT: PERTUBUHAN PELADANG LUBUK BATU JITRA KEDAH
BIL. PESERTA : 13 ORANG
KUMPULAN SASARAN:  Belia  dan Usahawan

OBJEKTIF PROGRAM:
1.       Memperkenalkan program eRezeki  dan e- Usahawan kepada komuniti setempat sebagai salah satu mata pencarian.
2.       Mengajar para peserta untuk membuat pendaftaran e-Usahawan serta mengajar mengenai asas-asas perniagaan , FB Pages dan Intagram.
3.       Memperkenalkan para peserta tentang platform yang ada dalam program e- Usahawan ini.
4.       Memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk melakukan tugasan-tugasan yang ada dalam setiap platform.

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Tiada

PENGISIAN:
Para peserta diberi penerangan dan pendedahan awal tentang program eRezeki dan eUsahawan yang berada di bawah kelolaan MDeC dengan kerjasama Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.  Bagi peserta yang tidak mempunyai emel, Fb dan Intragram , mereka diminta untuk membuat emel terlebih dahulu bagi memudahkan proses pendaftaran eUsahawan   tersebut.
Selesai membuat emel para peserta diminta untuk masuk di beri penerangan mengenai eUsahawan , bagaimana berniaga menggunakan platform FB pages dan Intragram.  
Kemudian, para peserta diperkenalkan dengan kaedah-kaedah yang terkini untuk mempromosikan barangan mereka di FB pages dan Intagram.   Para peserta juga diberi bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana untuk  memulakan mempromosikan barangan mereka serta tranding-tranding terkini yang harus mereka gunakan untuk mempromosikan barangan dan jenama mereka.



Tenaga Pengajar Kelas dan Pembantu  Eusahawan bersama Pengurus Peladang Lubuk Batu Jitra Kedah.