menu

Monday 15 August 2016

BENGKEL RESUME

TARIKH :  15.01.2016  
MASA: 11.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA
BIL. PESERTA :  6 ORANG
KUMPULAN SASARAN: BELIA

OBJEKTIF PROGRAM:
1.             Membantu para peserta menghasilkan resume mengikut jawatan yang diminta.



PENGISIAN:
Kursus ini diadakan bagi memudahkan belia menghasilkan resume di dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sesuai dengan pekerjaan yang dicari. Selain itu, di ajar juga bagaimana menyimpan resume ke dalam bentuk PDF  sekiranya resume tersebut di hantar melalui Email, sebagai langkah keselamatan.
Peserta terdiri daripada empat orang belia perempuan. Mereka menggunakan resume wizard yang disediakan Jobsmalaysia.com dan seterusnya mengedit resume menggunakan Microsoft word. Para peserta diterangkan mengenai kronologi yang terdapat di dalam sesebuah resume. Diantara agenda kursus ini adalah
1.       Menerangkan perkara yang perlu ada dalam sebuah resume,
2.       Menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam resume,
3.       Membuat resume, mengedit resume dan memasukkan gambar digital ke dalam resume.


Para peserta juga membawa bersama sijil-sijil yang berkenaan agar segala maklumat dapat dimasukkan ke dalam resume




Wednesday 3 August 2016

KELAS ASAS APLIKASI KOMPUTER (Bagi Bulan Mei)

TARIKH : Mei 2016
MASA: 9 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI DAN 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR LEPASAN SPM

OBJEKTIF PROGRAM:
1.       Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2.       Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan, penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik/diagram.
3.       Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.
4.       Internet dan E-mail memberi pendedahan kepada peserta asas-asas internet, mencari maklumat dan asas penggunaan e-mail sebagai perantara untuk berhubung pada masa kini.

PENGISIAN:

Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjukajar dan penerangan  terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).

Oleh  sebab komitmen  kerja dan  agenda harian yang lain , ini   menyebabkan limit masa  untuk menghabiskan silibus pembelajaran Office mengikut pada kemampuan sesorang itu. Apabila para peserta menghabiskan silibus mereka , mereka akan menghadapi peperiksaan untuk menentukan tahap penguasaan subjek tersebut. Apabila berjaya , mereka akan meneruskan subjek yang berikutnya.

Modul seterusnya adalah ms excel. Seperti biasa para peserta didedahkan dengan tetingkap ms excel serta penerangan mengenai istilah-istilah yang terdapat di dalam ms excel. Formula asas diajar seperti sum, count, average, min, max, if, countif, vlookup dan rank serta menghasilkan graf. Kepelbagaian latihan membolehkan para peserta mencipta jadual dengan lebih baik dan menggunakan formula dengan lebih berkesan. Tips-tips untuk mempercepatkan penggunaan formula juga diberikan sepanjang pembelajaran.

Di dalam Microsoft Power point pulak, para peserta akan di ajar untuk membuat pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di akhir sekali mereka akan membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan menggunakan Internet”, sebagai peperiksaan terakhir sebelum mendapat sijil. 



RETREAT PUSAT INTERNET DESA TAHUN 2015

TARIKH: 01.12.2015-04.12.2015
TEMPAT: CHERENGIN HILL CONVENTION & SPA RESORT , JANDA BAIK PAHANG


Bersama SUB Baru Tuan Haji Daud bin Ismail dan  KPSU Baru En Sabki bin Mohd Noor



RETREAT PUSAT INTERNET DESA TAHUN 2014

TARIKH: 20.11.2014-23.11.2014
TEMPAT : BUKIT GAMBANG RESORT CITY KUANTAN PAHANG



 Kenangan bersama En Mazmalek iaitu selaku SUB Bahagian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  Kini Beliau adalah Pesuruhjaya Pelindungan Data Peribadi Malaysia. 




BENGKEL ICT BERSAMA PASTI PERLIS

 Agenda Program 

Pengenalan

Bengkel ICT ini merangkumi pengenalan asas komputer , persembahan slaid powerpoint , tayang Video serta pembelajaran interaktif melalui komputer yang sesuai di jadikan sebagai platform yang menarik bagi melatih para pelajar mengenai ICT yang digunakan secara meluas dalam sektor pendidikan. Para pelajar diberi ruang menggunakan kemudahan komputer dan laptop di dalam persembahan slaid . Selain itu, terdapat juga sesi melukis menggunakan perisian paint. Para pelajar yang berumur 6 tahun di beri peluang untuk melukis sendiri menerusi perisian "Paint" dengan tunjur ajar oleh fasilitator . Mereka akan diberikan latihan intensif dan praktikal di atas platform tersebut di mana mereka akan terus belajar menggunakan kemudahan teknologi ICT . Ini selaras dengan matlamat kerajaan menjelang tahun 2020.

Objektif Program

1. Memberi kesedara ICT kepada kanak-kanak pra-sekolah Pasti serta meneroka alam ICT dalam pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. 
2. Memperkenalkan kepada para pelajar tadika PASTI mengenai asas pengenalan komputer.
3. Memperkasakan dan membudayakan ICT di kalangan masyarakat,
4. Membolehkan para pelajar tersebut mengunakan Kemudahan IT dengan bijak. 

Agenda 
1. Pemasangan peralatan komputer, projektor dan speaker. 
2. kata-kata aluan daripada Penyelia Taska PASTI
3. Kata-kata aluan daripada Ketua Zon 1
4. Tayangan "Kompilasi Video untuk pembelajaran kanak-kanak"
5. Tayangan Video "Penggunaan Komputer dan Kesihatan"
6. Pembelajaran Interaktif dengan microsoft Power Point.
7. Mewarna Berkomputer kanak-kanak
8. Jom belajar melukis dengan paint
9. Permainan puzzle kanak-kanak
10.Selingan Video pembelajaran
11.Pemberian saguhati daripada ketua zon 1
12.Majlis penutup dan sesi bergambar.

Penutup

Dengan adanya program ini di harap dapat membantu kanak-kanak PASTI berminat dengan ICT terutamanya dalam mendidik mereka mengenal ICT seterusnya menggunakan  ICT untuk masa hadapan. 

Gambar Program 





Tuesday 2 August 2016

BENGKEL SENANGNYA ICT “AUDACITY DAN PHOTOSTORY” @ MMAS

TARIKH : 17.03.2015
MASA: 9 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
TEMPAT: MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR KEDAH
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR SEKOLAH  MENENGAH

PENERANGAN MENGENAI PROGRAM:

            Program ini adalah usahasama di antara Guru Kelab Komputer Maktab Mahmud Alor Setar Kedah dengan Pusat Internet Desa Zon 1. Seramai 54 orang pelajar menyertai bengkel ini. Bengkel ini di berikan 2 sesi iaitu Bengkel Audocity dan Bengkel Photostory. 

Bengkel dimulakan dengan En. Shahiran Mohd Ali dari PID Kupang memberi taklimat berkenaan perisian audacity. Berikut adalah agenda modul audacity:

Audacity
1.                   Pengenalan
2.                   Objektif
3.                  Merakam suara
4.                  Memendekkan muzik/lagu
5.                  Menambahkan kesan muzik/lagu
6.                  Latihan
7.                  Kesimpulan

Audacity adalah sebuah perisian yang digunakan untuk menyunting muzik seperti merakam suara, memendekkan muzik dan sebagainya. Photostory adalah sebuah perisian membuat video seakan-akan movie maker. Photostory hanya digunakan untuk menerbitkan fail gambar ke bentuk video sahaja.

OBJEKTIF

1.       Mengasah bakat dan kreativiti para pelajar.
2.       Menggalakkan pengunaan aplikasi percuma.
3.      Mempelajari teknik merakam dan mengedit bunyi.
4.      Menerapkan kreativiti dalam penghasilan digital story telling
5.      Menerapkan kemahiran membuat skrip berdasarkan gambar 
6.      Diakhir kursus, para peserta dapat menerapkan kemahiran membuat video, menulis skrip, memasukkan suara  dan memilih lagu yang bersesuaian dengan video yang akan dipamerkan.


Kemudian Photostory disampaikan oleh Pn. Siti Rahmah Samsuden dari PID Yan. Berikut agenda modul Photostory :
Photostory
1.                   Langkah memulakan photostory
2.                   Memasukkan gambar
3.                  Memasukkan kesan khas
4.                  Memasukkan suara dan lagu
5.                  Menyimpan dan mempamer hasil kerja

Bengkel ini juga dibantu oleh fasilitator  dari PID Zon 1 iaitu
En. Mohd Faizan Mahmood,
En. Shamsul Affandi,
Pn. Rahimawati Rahim dan
Cik Nurlina Muhammad Hatta.

PENUTUP


Setelah mempelajari dua perisian ini, para pelajar diminta menghasilkan sebuah video pendek bertajuk. Video tersebut dipamerkan dan diberi ganjaran hadiah bagi video terbaik. Diakhir kursus para pelajar dapat menghasilkan sebuah video pendek bertajuk “Sekolahku” dengan menggunakan kedua-dua perisian.


BENGKEL ICT BERSAMA RUMAH BUDI YAN KEDAH.

TARIKH : 16.06.2015
MASA: 9 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA YAN DAN RUMAH BUDI YAN KEDAH
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

OBJEKTIF PROGRAM:

           Bengkel ICT ini meliputi dua sesi iaitu pagi dan petang, Dimana para peserta terdiri daripada penghuni-penghuni Rumah Budi (Rumah Anak-Anak Yatim atau Susah ) yang berada di sekitar  Kedah di tempatkan di sini.
           Kami sebagai Pengajar ICT , berpeluang untuk berkerjasama dengan Pihak Rumah Budi untuk menganjurkan beberapa aktiviti berkaitan ICT kepada mereka.
           Bengkel ini meliputi Bengkel Adobe Photoshop, MS Powerpoint dan baikpulih komputer. 







KAJIAN MENGENAI PUSAT INTERNET DESA SIMPANG EMPAT OLEH PEGAWAI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.

Tarikh: 11.03.2016 (Jumaat)
Tempat : Pusat Internet Desa Simpang Empat Perlis.
 Aktiviti : Kajian mengenai Pusat Internet Desa Simpang Empat  oleh Pegawai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pada 11.03.2016 , Pihak PID berkesempatan menerima lawatan dari 2 Orang pegawai daripada Bahagian Penyelidikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia  . 

Kehadiran mereka untuk melakukan kaji selidik  untuk 30 pengguna tegar Pusat Internet Desa  Simpang Empat. Terdiri daripada  Belia, Surirumah ,AhliJawatankuasa Pusat Internet Desa serta Usahawan yang menggunakan Pusat Internet Desa Simpang Empat. 

Ketibaan mereka di sambut dengan penuh kejutan kerana tiada temujanji yang di janjikan.

 Alhamdulilah kehadiran pengguna di Pusat Internet Desa  melebihi daripada jangkaan yang di perlukan oleh pihak Pegawai .

Ini bermakna Pusat Internet Desa Simpang Empat adalah Nadi untuk Komuniti Setempat , tidak kira tua atau muda , belia ataupun kanak-kanak. 

Kajian tersebut tamat  jam 3.30 petang.

Di antara Pengguna -Pengguna Pusat Internet Desa Simpang Empat




2 Pegawai yang melakukan Kajian 


LAWATAN DARI PENYELIDIK ITU- UUM (ISHOLA B. MURAINA)

LOKASI DAN MASA PROGAM
Lokasi    : Pusat Internet Desa Simpang Empat Perlis
Tarikh    : 02.08.2012
Hari        : Khamis
Masa        : 11.00pagi – 3.00 petang  
Anjuran : Information Technology Department , School Of Computing College Of Art And Sciences. 
Penyertaan:

1.       Usahawan PID(En Ahmad Kontraktor )
2.       Pelajar PID
3.       Pengguna PID (Golongan Belia) . 

 PENERANGAN MENGENAI PROGRAM  


Program lawatan penyelidikan pelajar dari Negeria  mengenai Kajian Ke Atas Faktor Teknologi Untuk Penggunaan Berterusan Bagi Jalur Lebar Di Kawasan Luar Bandar di  Pusat Internet Desa Simpang Empat Perlis, pada 02.Ogos .2012.





BENGKEL LANJUTAN ( PUBLISHER DAN WORD LANJUTAN )

TARIKH : 27.04.2016-29.04.2016
MASA: 9 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA
KUMPULAN SASARAN: BELIA 

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Membantu para peserta merekabentuk bentuk kad kahwin mereka sendiri.
2. Mereka bentuk stiker yang di jadikan templet untuk goodies 


                                    PENERANGAN MENGENAI  PROGRAM: 
Permulaan  kursus, peserta di berikan penerangan ringkas serta  melihat kad-kad kahwin yang sedia ada untuk di jadikan contoh pilihan mereka. Bengkel ini  di ajar untuk menjimatkan kos  dan mereka sesuatu yang baru . 

HASIL-HASIL YANG DILAKUKAN OLEH PARA PESERTA: 





BENGKEL NKRA ( APLIKASI PENDIDIKAN) - (E-GOVERNMENT)

TARIKH : 13.06.2016 ,15.06.2016 DAN 24.06.2016
MASA: 9 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR DAN IBU BAPA

               OBJEKTIF PROGRAM:
1.   Membantu para peserta mendapatkan  maklumat mengenai keputusan akedemik .

2.   Membantu para peserta agar mendapatkan maklumat  serta mengemaskini pendaftara secara online. 

PENERANGAN MENGENAI  PROGRAM:
Sistem NKRA adalah salah satu sistem pendidikan untuk ibubapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka. Namun kecanggihan teknologi terkini menyebabkan masih ibubapa tidak tahu bagaimana menggunakan sistem tersebut.
Bagi pelajar darjah satu, sistem ini adalah pertama kali buat mereka untuk menyemak keputusan peperikasaan awal tahun, pertengahan dan hujung tahun.
Kami di Pusat Internet Desa , membantu para pelajar dan ibubapa tersebut untuk memastikan mereka juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi terkini. 


BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP (ASAS)


Tarikh: 16.03.2015
Masa : 9.00 pagi - 6.00 Petang
Tempat: Pusat Internet Desa
Bil Peserta: 7 Orang 

PENGENALAN

Adobe Photoshop merupakan sebuah perisian menyunting gambar yang popular digunakan hari ini. Photoshop dapat kita gunakan untuk melakukan segala hal yang berhubungan dengan suntingan gambar mulai dari keperluan fotografi, memperbaiki gambar, memanipulasi gambar , cover design, portrait design,  advertisement design, design, design web serta design kreatif lainnya. Dengan segala kelengkapan fiturnya, membuat Photoshop menjadi software terpopular dan banyak digunakan oleh Pakar Rekabentuk.

OBJEKTIF 

1.       Memberi kemahiran dan memperkenalkan ciri-ciri Photoshop CS1
2.       Mengasah bakat dan kreativiti para peserta
3.      Menjadikan Photoshop sebagai peluang untuk menjana pendapatan
Bengkel ini adalah yang pertama kali diadakan di PID Yan. En. Shahiran Mohd Ali dari PID Kupang bertindak sebagai tenaga pengajar. Seramai 7 orang peserta terdiri daripada golongan belia dan usahawan telah menjayakan bengkel ini.

PENERANGAN MENGENAI PROGRAM 

Sesi pembelajaran asas meliputi teknik digital make up, teknik tranform (perubahan wajah) dan teknik effect terminator. Di akhir program peserta diminta menghasilkan gambar  yang menarik berdasarkan teknik yang telah diajar. Pertandingan juga diadakan untuk gambar paling menarik.

Hasil-hasil  Gambar yang di hasilkan oleh peserta:





BENGKEL LANJUTAN ADOBE PHOTOSHOP (BULAN MAC/ 2016) SIRI 1

TARIKH :14.03.2016-16.03.2016
MASA: 9 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA
BIL. PESERTA  : 4  ORANG

KUMPULAN SASARAN: PELAJAR SEKOLAH RENDAH 

OBJEKTIF PROGRAM:
1.         Memperkenalkan “apa itu adobe Photoshop”.mengetahui apa fungsi-fungsi Icon yang terdapat di dalam perisian adobe photoshop.
2.         Membantu para pelajar  merekabentuk serta membina banner syarikat mereka sendiri 

Permulaan  kursus, peserta di berikan penerangan ringkas serta tayangan Video untuk mempelajari “apa itu Adobe Photoshop”. Selain itu peserta  di ajar mengenai tool di adobe photoshop. Bagaimana  untuk mengedit sesuatu gambar,gabungan dua gambar yang berlainan di jadikan satu.