menu

Tuesday 30 December 2014

PID Menjadi tempat tumpuan untuk Kemaskini BR1M bagi komuniti setempat.



BENGKEL CUTI SEKOLAH TAHUN 2014

Tajuk bengkel: Office 2010 untuk Tingkatan 1 
Tarikh bengkel : 01.12.2014 sehingga 18.12.2014 

Sempena cuti sekolah , PID telah menawarkan Bengkel untuk pelajar Tingkatan 1  yang berdekatan untuk mempelajari Office 2010 untuk memahirkan pelajar-pelajar berikut untuk membuat folio sebagai kerja rumah yang di wajibkan untuk mereka. 

Selain itu, mereka juga di berikan talimat dalam bentuk exam power point mengenai kesedaran ict dalam kehidupan seharian .. sambil membuat latihan tersebut mereka juga dapat mengetahui kebaikan dan keburukan ICT. 
Oleh sebab keadaan PC yang kurang dan juga terpaksa berkongsi pc dengan kelas warga emas, pelajar di hadkan kepada 6 sahaja pada 1 sesi .. 
Kelas juga , terpaksa di adakan mengikut pada keadaan cuaca , memadangkan sepanjang hari ada yang hari hujan, pelajar tidak dapat menghadiri kelas. 










Kelas Warga Emas ( Office 2010)

Tajuk : Kelas Warga Emas 
Tarikh : Bulan Oktober sehingga Disember 2014
Tempoh : belajar sampai boleh


Pada awal Bulan Oktober 2014, PID Simpang Empat telah menerima seorang pelajar warga emas lelaki bernama Ooi  Choo Ngian  yang berusia 66 tahun, seorang kerani (partime) dan peniaga yang terlibat dalam GST. 
Beliau berasal dari Kuala Perlis dan setiap pagi beliau akan datang ke PID untuk mempelajari Office 2010. Kelas bermula jam 9.30 Pagi sehingga 1.00 tenghari .. setiap Isnin hingga Jumaat, 
Beliau juga membawa 2 orang sahabatnya untuk juga mempelajari ilmu komputer di PID, 
iaitu : Koay Bee Siew  ( 56 Tahun)
        Lim Pung Bee   ( 67 tahun) 

Setelah tamat , beliau akan mempelajari Microsoft Access di PID pada bulan Januari 2015.
Manakala Koay Bee Siew pula , akan mempelajari microsoft Publisher. 
semoga mereka akan berjaya...





Pra Retreat Di Swiss Inn Sungai Petani Pada 4 - 6 September 2014


Tajuk Kursus : Pra Retreat di Swiss Inn Sungai Petani Kedah 
Tarikh Kursus: 04-06.September 2014 ( Khamis - Sabtu) 

Pra Retreat  PID  adalah sebahagian agenda untuk mengetahui perkembangan PID yang telah melaksanakan aktiviti  sepanjang setengah tahun 2014. Pra Retreat kali ini, di anggotai oleh PID Zon 1( Perlis dan Kedah ) , PID Zon 2 (Pulau Pinang dan Perak)  dan PID Zon 5 ( Terengganu dan Kelantan). Kehadiran Encik Maz Malek selaku SUB  dan Puan Hajjah Faudziah Mohd Amin KPSU bahagian Kemudahan . 

Perlbagai agenda dan perbincangan di lakukan untuk terus  mengukuhkan  PID sebagai Telecentre Pertama  berdaya maju seiring dengan telecentre yang lain.