menu

Wednesday 29 August 2018

BENGKEL ASAS UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH TAHUN 2-6


 NAMA PROGRAM:  BENGKEL ASAS

PUSAT INTERNET DESA SIMPANG EMPAT

TARIKH : 25.07.2018
MASA:  2.00 petang -  5.30 petang
TEMPAT: Sekolah Kebangsaan  Simpang Empat Perlis
BIL. PESERTA : 58 Orang

OBJEKTIF PROGRAM:
1.       Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2.       Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Percuma

PENGISIAN:

 Bengkel ini adalah Kolaborasi di antara Pusat Internet  Batas Lintang  dengan Pusat  Internet Simpang Empat Perlis dan Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam Kedah .


Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjuk ajar dan penerangan  terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).
Seterusnya , para peserta di ajar menggunakan  Microsoft Power point pula, para peserta akan di ajar untuk membuat pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di akhir sekali mereka akan membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan menggunakan Internet”, sebagai kefahaman  terakhir sebelum mendapat sijil.











BENGKEL EUSAHAWAN 2018



 NAMA PROGRAM:  e-USAHAWAN

PUSAT INTERNET DESA SIMPANG EMPAT


Tarikh: 06.05.2018(Ahad)
Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Batas Lintang Simpang Empat Perlis
Trainer: Pn. Rahimawati binti Abdul Rahim
Penolong Trainer: Pn. Siti Rahmah, Cik Nurlina  dan Cik Nur Hidayah
Peserta: 7 Orang 

OBJEKTIF PROGRAM:
  •     Memperkenalkan program  e- Usahawan kepada komuniti setempat sebagai salah satu mata pencarian.
  •     Mengajar para peserta untuk membuat pendaftaran e-Usahawan serta mengajar mengenai asas-asas perniagaan , FB Pages dan Intagram.
  •     Memperkenalkan para peserta tentang platform yang ada dalam program e- Usahawan ini.