menu

Tuesday 30 October 2018

SCRATCH 2.0



SUBJEK BARU DARI PID SIMPANG EMPAT




Kelas eUsahawan bersama Risda Negeri Perlis.

Tarikh: 11.10.2018
Tempat : Mini RTC Kampung Kok Klang , Chuping Perlis
Peserta: Usahawan dari Risda. 







Kelas e - Usahawan Bersama Fama Negeri Perlis

Tarikh : 10.10.2018 ( Rabu)
Tempat : Makmal Komputer Falkuti Matematik dan Sains Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh Perlis.
Peserta: Usahawan dari Fama.







Monday 1 October 2018

HARI TELEKOMUNIKASI DAN MASYARAKAT BERINFORMASI SEDUNIA 2018

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia , di Pusat Sains Negara Wilayah Utara (Gunung Keriang) pada 22 dan 23 September 2018.

Pusat Internet Desa Zon 1 dan Zon 2 . 








Thursday 6 September 2018

BENGKEL ASAS OFFICE

OBJEKTIF PROGRAM:

1.        Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2.       Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan, penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik/diagram.
3.       Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.
4.        Internet dan E-mail memberi pendedahan kepada peserta asas-asas internet, mencari maklumat dan asas penggunaan e-mail sebagai perantara untuk berhubung pada masa kini.

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Yuran Pendaftaran RM30 (sekali bayaran untuk Nota dan sijil )

PENGISIAN:
Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjukajar dan penerangan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).

Oleh sebab komitmen kerja dan agenda harian yang lain , ini menyebabkan limit masa untuk menghabiskan silibus pembelajaran Office mengikut pada kemampuan sesorang itu. Apabila para peserta menghabiskan silibus mereka , mereka akan menghadapi peperiksaan untuk menentukan tahap penguasaan subjek tersebut. Apabila berjaya , mereka akan meneruskan subjek yang berikutnya.

Modul seterusnya adalah ms excel. Seperti biasa para peserta didedahkan dengan tetingkap ms excel serta penerangan mengenai istilah-istilah yang terdapat di dalam ms excel. Formula asas diajar seperti sum, count, average, min, max, if, countif, vlookup dan rank serta menghasilkan graf. Kepelbagaian latihan membolehkan para peserta mencipta jadual dengan lebih baik dan menggunakan formula dengan lebih berkesan. Tips-tips untuk mempercepatkan penggunaan formula juga diberikan sepanjang pembelajaran.

Di dalam Microsoft Power point pulak, para peserta akan di ajar untuk membuat pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di akhir sekali mereka akan membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan menggunakan Internet”, sebagai peperiksaan terakhir sebelum mendapat sijil.



BENGKEL LANJUTAN -eKERAJAAN (SPA)



OBJEKTIF PROGRAM:

1.       Mengajar bagaimana mewujudkan email untuk memudahkan pengurusan pengisian Online.
2.       Memastikan Para Peserta mengisi data dengan lengkap
3.       Memilih pilihan Jawatan yang bersesuaian dengan akedemik

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Percuma

PENGISIAN:
1.       Mempelajari bagaimana menwujudkan Email ( Gmail) untuk memudahkan pengurusan pengisian SPA.
2.       Pendaftaran Peserta dalam SPA  , mencipta kata laluan yang mudah di ingati.
3.       Memastikan data-data peribadi di isi dengan lengkap dan masih di gunakan di bahagian Email dan No Tel.
4.       Pengisian serta pemilihan jawatan yang benar-benar layak berpandukan akedemik.



Wednesday 5 September 2018

BENGKEL LANJUTAN


                                                 Bengkel  Adobe Photoshop
                                    PUSAT INTERNET DESA SIMPANG EMPAT
               
TARIKH : 05.09.2018
MASA: 2.30 Petang  - 5.00 Petang
TEMPAT:Dewan Makan Asrama Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis. 
BIL. PESERTA : 40 ORANG
KUMPULAN SASARAN: Pelajar Sekolah Rendah 

OBJEKTIF PROGRAM:
1.       Mengajar para pelajar di pengenalan  mengenai adobe photoshop
2.       Mengajar para pelajar mengenai editing gambar


BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Percuma 



PENGISIAN:

Pengisian yang pertama , slot Video (asas) sebagai pengenalan “ apa itu Adobe Photoshop” , “ bagaimana teknik-teknik pembelajaran “ dan mereka haruslah menghasilkan sesuatu  hasil kerja yang terhebat sepanjang sesi pembelajaran di jalankan.




Sunday 2 September 2018

BENGKEL EUSAHAWAN DAN EREZEKI 2018

 NAMA PROGRAM:  e-USAHAWAN dan  e-Rezeki 

PUSAT INTERNET DESA SIMPANG EMPAT


Tarikh: 19.08.2018 (Ahad) dan 20.08.2018 (Isnin)
Tempat: Pusat Internet Desa Yan Kedah
Berkolaborasi : Pusat Giat Mara Merbok Kedah ( Cos Masakan )
Trainer: Cik Nurlina Mohd Hatta
Penolong Trainer: Pn. Rahimawati binti Abdul Rahim dan Pn Siti Rahmah binti Samsudin
Peserta: 13 Orang


    OBJEKTIF PROGRAM EREZEKI:
  • Memperkenalkan program  e-Rezeki kepada komuniti setempat sebagai salah satu mata pencarian.
  •     Mengajar para peserta untuk membuat pendaftaran eRezeki.
  •     Memperkenalkan para peserta tentang platform yang ada dalam program e- Rezeki .

OBJEKTIF PROGRAM EUSAHAWAN:

a) Memperkenalkan program e-Usahawan kepada Komuniti setempat sebagai salah satu mata pencarian (melahirkan Usahawan secara online)

b) Mengajar para peserta untuk membuat pendaftaran e-Usahawan serta mengajar mengenai asas-asas perniagaan , FB pages dan Intagram

c) Memperkenalkan para peserta tentang platform yang ada dalam program e-Usahawan.






BENGKEL EREZEKI DAN EUSAHAWAN 2018

 NAMA PROGRAM:  e-USAHAWAN dan  e-Rezeki 

PUSAT INTERNET DESA SIMPANG EMPAT


Tarikh: 03.08.2018(Jumaat) DAN  04.08.2018 (Sabtu)
Tempat: Pusat Internet Desa Yan Kedah
Berkolaborasi : Pusat Giat Mara Merbok Kedah ( Cos Enjin Marin)
Trainer: Pn. Siti Rahmah binti Samsudin
Penolong Trainer: Pn. Rahimawati binti Abdul Rahim
Peserta: 9 Orang


    OBJEKTIF PROGRAM EREZEKI:
  • Memperkenalkan program  e-Rezeki kepada komuniti setempat sebagai salah satu mata pencarian.
  •     Mengajar para peserta untuk membuat pendaftaran eRezeki.
  •     Memperkenalkan para peserta tentang platform yang ada dalam program e- Rezeki .

OBJEKTIF PROGRAM EUSAHAWAN:
  •     Memperkenalkan program  e- Usahawan kepada komuniti setempat sebagai salah satu mata pencarian(Melahirkan Usahawan secara Online).
  • Mengajar para peserta untuk membuat pendaftaran e-Usahawan serta mengajar mengenai asas-asas perniagaan , FB Pages dan Intagram
  • Memperkenalkan para peserta tentang platform yang ada dalam program e- Usahawan ini.