menu

Thursday 6 September 2018

BENGKEL ASAS OFFICE

OBJEKTIF PROGRAM:

1.        Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2.       Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan, penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik/diagram.
3.       Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.
4.        Internet dan E-mail memberi pendedahan kepada peserta asas-asas internet, mencari maklumat dan asas penggunaan e-mail sebagai perantara untuk berhubung pada masa kini.

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Yuran Pendaftaran RM30 (sekali bayaran untuk Nota dan sijil )

PENGISIAN:
Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjukajar dan penerangan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).

Oleh sebab komitmen kerja dan agenda harian yang lain , ini menyebabkan limit masa untuk menghabiskan silibus pembelajaran Office mengikut pada kemampuan sesorang itu. Apabila para peserta menghabiskan silibus mereka , mereka akan menghadapi peperiksaan untuk menentukan tahap penguasaan subjek tersebut. Apabila berjaya , mereka akan meneruskan subjek yang berikutnya.

Modul seterusnya adalah ms excel. Seperti biasa para peserta didedahkan dengan tetingkap ms excel serta penerangan mengenai istilah-istilah yang terdapat di dalam ms excel. Formula asas diajar seperti sum, count, average, min, max, if, countif, vlookup dan rank serta menghasilkan graf. Kepelbagaian latihan membolehkan para peserta mencipta jadual dengan lebih baik dan menggunakan formula dengan lebih berkesan. Tips-tips untuk mempercepatkan penggunaan formula juga diberikan sepanjang pembelajaran.

Di dalam Microsoft Power point pulak, para peserta akan di ajar untuk membuat pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di akhir sekali mereka akan membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan menggunakan Internet”, sebagai peperiksaan terakhir sebelum mendapat sijil.



1 comment:

  1. Play Slots Online | MrCMD
    We provide you with 화성 출장마사지 free 대전광역 출장안마 slot machines & online games by leading providers! 포천 출장마사지 you can find over 500 of the best 전라남도 출장안마 casinos in the world 문경 출장안마 right here. Casino games

    ReplyDelete