menu

Wednesday 3 August 2016

BENGKEL ICT BERSAMA PASTI PERLIS

 Agenda Program 

Pengenalan

Bengkel ICT ini merangkumi pengenalan asas komputer , persembahan slaid powerpoint , tayang Video serta pembelajaran interaktif melalui komputer yang sesuai di jadikan sebagai platform yang menarik bagi melatih para pelajar mengenai ICT yang digunakan secara meluas dalam sektor pendidikan. Para pelajar diberi ruang menggunakan kemudahan komputer dan laptop di dalam persembahan slaid . Selain itu, terdapat juga sesi melukis menggunakan perisian paint. Para pelajar yang berumur 6 tahun di beri peluang untuk melukis sendiri menerusi perisian "Paint" dengan tunjur ajar oleh fasilitator . Mereka akan diberikan latihan intensif dan praktikal di atas platform tersebut di mana mereka akan terus belajar menggunakan kemudahan teknologi ICT . Ini selaras dengan matlamat kerajaan menjelang tahun 2020.

Objektif Program

1. Memberi kesedara ICT kepada kanak-kanak pra-sekolah Pasti serta meneroka alam ICT dalam pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. 
2. Memperkenalkan kepada para pelajar tadika PASTI mengenai asas pengenalan komputer.
3. Memperkasakan dan membudayakan ICT di kalangan masyarakat,
4. Membolehkan para pelajar tersebut mengunakan Kemudahan IT dengan bijak. 

Agenda 
1. Pemasangan peralatan komputer, projektor dan speaker. 
2. kata-kata aluan daripada Penyelia Taska PASTI
3. Kata-kata aluan daripada Ketua Zon 1
4. Tayangan "Kompilasi Video untuk pembelajaran kanak-kanak"
5. Tayangan Video "Penggunaan Komputer dan Kesihatan"
6. Pembelajaran Interaktif dengan microsoft Power Point.
7. Mewarna Berkomputer kanak-kanak
8. Jom belajar melukis dengan paint
9. Permainan puzzle kanak-kanak
10.Selingan Video pembelajaran
11.Pemberian saguhati daripada ketua zon 1
12.Majlis penutup dan sesi bergambar.

Penutup

Dengan adanya program ini di harap dapat membantu kanak-kanak PASTI berminat dengan ICT terutamanya dalam mendidik mereka mengenal ICT seterusnya menggunakan  ICT untuk masa hadapan. 

Gambar Program 





No comments:

Post a Comment