menu

Wednesday 26 February 2014

DR PC



Pada 21.02.2014 , di atas permintaan ramai,   PID Spg Empat, telah melaksanakan satu bengkel menformat Laptop  untuk para belia dan pelajar sekolah. Objektif  Bengkel ini , di laksanakan untuk memberikan pendedahan kepada belia  mengenai perisian -perisian laptop  dan punca permasalahan yang di hadapi terutamanya Laptop 1Malaysia.

Sebelum ini, komuniti belia banyak meminta di adakan kelas menformat laptop , memandangkan komuniti belia tidak mahir serta buntu apabila komputer atau laptop mereka mengalami kerosakkan. Lantas , apabila En Mustakim Saad , bercuti semester . PID Spg 4, meminta beliau mengadakan bengkel untuk komuniti setempat secara percuma. 

Dalam bengkel ini, beliau mengajar bagaimana menformat , mengemaskini data serta mengisi perisian terkini seperti antivirus serta android untuk menampung kapasiti laptop  para peserta. Di mana dalam bengkel ini peserta membawa laptop masing-masing dan menyatakan permasalahan kepada en Mustakim , dan penerangan secara santai dari en Mustakim, untuk para peserta melakukan secara sendiri sambil di pantau oleh beliau dan pengurus PID Spg 4.







No comments:

Post a Comment