menu

Wednesday 26 February 2014

Bengkel Memformat Gadget Handphone

Bengkel menformat Gadget Handphone telah di adakan pertama kalinya di PID Simpang Empat pada 06.02.2014 (Khamis) . Objektifnya adalah untuk membolehkan komuniti belia setempat memiliki kemahiran asas mengenai Handphone terkini  seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran  ini agar boleh di jadikan pendapatan sampingan serta  dapat mengetahui pemasalahan serta penyelesaiaan permasalah Gadget  walaupun berlainan jenis (brand) atau Fungsinya ( function) . 

Bengkel yang bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5 petang ini di hadiri oleh peserta-peserta golongan belia (lelaki) yang berminat untuk mempelajari kemahiran memformat Gadget tersebut. Selain itu , peserta di ajar untuk memasukkan perisian ke dalam Handphone masing-masing menggunakan perisian MOBOGENIE. 

Bengkel ini di ajar oleh En Mustakim, merupakan bekas Pembantu PID serta Pelajar . Testimoni mengenai beliau ada di  lampirkan di http://www.pidutara.net 



Semoga dengan pengalaman dan pengetahuan  yang di perolehi dari en Mustakim Saad dapat membakar semangat para peserta untuk meneruskan dan mengembangkan kemahiran . 




No comments:

Post a Comment