menu

Wednesday 25 December 2013

Soretan Aktiviti Pusat Internet Desa Simpang Empat Tahun 2013

Bengkel Microsoft Office  - kategori Pelajar sekolah 13-15 tahun 
Tarikh Bermula Kursus : 18 November 2013
Masa : Mengikut Jadual 
Tempat : PID Simpang Empat ( Sesi Pagi sahaja) 

Program Cuti sekolah ini di buat khas atas permintaan ibu bapa untuk mengisi masa lapang anak-anak mereka semasa cuti persekolah  pada bulan November  hingga di sember 2013. Program ini menumpukan kepada pelajar sekolah Menengah Rendah ( Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 ) . Sambutan amat mengalakan namun kekangan masa dan Jadual yang padat , hanya 5 pelajar sahaja , dapat menghadirkan diri untuk mengikuti program ini. 

Pengenalan :

Kursus ini memberikan penekanan kepada asas aplikasi utama yang sering digunakan dalam Microsoft Office 2010 iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Mereka juga wajib mengambil ujian bagi setiap subjek matepelajaran untuk mengukur tahap pengesuaiaan mereka dalam sesuatu subjek yang di ajar. Jika mereka lulus, mereka akan di benarkan mengambil satu lagi subjek yang berikutnya. 


Objektif:
  1. Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang berguna bagaimana menghasilkan folio yang cantik dan menarik, serta mengetahui kaedah -kaedah penghasilan surat, memo , flayer , laporan , borang dan sebagainya. 
  2. Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan , laporan perancangan , penganalisis data dalam perlbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik/ diagram. 
  3. Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat persembanhan dan penyampaian slaid secara kreatif.
GELERI 




No comments:

Post a Comment