menu

Wednesday 4 December 2013

Asal -Usul Wujudnya PID (Pusat Internet Desa)

Assalamulaikum, Pembuka Bicara... 

Pusat Internet Desa Simpang Empat ialah sebuah Program Internet Desa merupakan Inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) . 

Sebelum ini , Pusat Internet Desa di bawah seliaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KPKK) dan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi . 

     





Ke arah merapatkan jurang digital , Program ini merupakan usahasama Kementerian dan POS Malaysia Berhad (PMB) dimana telah menyediakan lokasi-lokasi Pusat Internet Desa (PID) menggunakan bangunan tambahan (annex) Pejabat Pos terpilih di setiap negeri seluruh negeri. 




Pusat  Internet Desa mula dilaksanakan dalam tahun 2000. Bagi tujuan ini, PMB telah menyumbangkan peruntukan sejumlah RM 2.8 juta untuk membina lokasi PID sementara dalam RMK 8, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM 6.8 juta bagi pelaksanaan projek ini. Sehingga akhir tahun 2004, sejumlah 42 lokasi PID beroperasi di seluruh negara.

Pusat Internet Desa Simpang Empat  di tubuhkan pada November 2003, telah melalui beberapa fasa pembangunan yang sentiasa di tingkatkan demi kepentingan dan keperluan semasa komuniti setempat.

No comments:

Post a Comment