menu

Tuesday, 2 August 2016

BENGKEL PRA SEKOLAH (PRA GENIUS) SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG PERLIS.

Tarikh: 17.02.2016 (Rabu)

Masa: 8.30 Pagi hingga 1.00 Tengahari
Tempat: PRA Genius 
Bil. Peserta : 23 Orang
Kumpulan Sasaran : Kanak-kanak Pra Sekolah 4 Tahun-6 Tahun

Agenda Program :
Bengkel ini dimulai dengan bacaan doa penerang hati oleh kanak-kanak dengan bantuan video doa (Sumber dari Youtube) .
 Seterusnya kanak-kanak diajukan soalan samaada pernah menggunakan komputer atau tablet dirumah. 
Kebanyakan daripda kanak-kanak tersebut biasa menggunakan alat ICT  untuk bermain permainan online. 
Kanak-kanak didedahkan dengan tayangan video mengenai akibat terlalu bermain permainan online dan kesannya terhadap kesihatan.

Seterusnya kumpulan kanak-kanak di berikan iaitu  5 orang kanak-kanak  dalam 1 kumpulan dipanggil untuk merasai sendiri peluang untuk menggunakan perisian pembelajaran interaktif prasekolah dengan ditujuk ajar oleh fasilitator. 

Kanak-kanak yang lain mengikuti pembelajaran tersebut dengan begitu seronok sekali.
 Selepas rehat, kanak-kanak dibahagikan kepada empat kumpulan diberi peluang mewarna menggunakan perisian mewarna. 
Pelbagai aksi yang dapat dilihat kerana masing-masing begitu teruja untuk menggunakan kemudahan IT yang dibawa pihak PID.
 Kemudian, setiap pelajar ditunjuk ajar menaip nama sendiri menggunakan perisian ms word. Semua pelajar berjaya menaip nama masing-masing. 
Para pelajar juga diberi peluang bermain permainan ICT seperti menaip perkataan dan menyusun gambar. 
Diakhir program para pelajar menyanyi lagu “Kalau Rasa Gembira” bersama-sama sambil mengikut rentak.


No comments:

Post a Comment