menu

Tuesday, 2 August 2016

BENGKEL ASAS APLIKASI KOMPUTER ( OFFICE 2010) CUTI SEKOLAH

TARIKH : 30.05.2016 – 10.06.2016
MASA: 9 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA
BIL. PESERTA : 4  ORANG
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR DARJAH 5 DAN DARJAH 2 


Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjukajar dan penerangan  terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).
Oleh  sebab komitmen  kerja dan  agenda harian yang lain , ini   menyebabkan limit masa  untuk menghabiskan silibus pembelajaran Office mengikut pada kemampuan sesorang itu. Apabila para peserta menghabiskan silibus mereka , mereka akan menghadapi peperiksaan untuk menentukan tahap penguasaan subjek tersebut. Apabila berjaya , mereka akan meneruskan subjek yang berikutnya.
Modul seterusnya adalah ms excel. Seperti biasa para peserta didedahkan dengan tetingkap ms excel serta penerangan mengenai istilah-istilah yang terdapat di dalam ms excel. Formula asas diajar seperti sum, count, average, min, max, if, countif, vlookup dan rank serta menghasilkan graf. Kepelbagaian latihan membolehkan para peserta mencipta jadual dengan lebih baik dan menggunakan formula dengan lebih berkesan. Tips-tips untuk mempercepatkan penggunaan formula juga diberikan sepanjang pembelajaran.
Di dalam Microsoft Power point pulak, para peserta akan di ajar untuk membuat pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di akhir sekali mereka akan membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan menggunakan Internet”, sebagai peperiksaan terakhir sebelum mendapat sijil.




No comments:

Post a Comment