menu

Tuesday 25 October 2016

PROGRAM PEMBANGGUNAN PID 2.0

GAMBAR-GAMBAR  TAHUN 2008
Tarikh: 21 hingga 24 Julai 2008 
Tempat : Hotel Sri Malaysia Sepang Selangor





Monday 24 October 2016

Bengkel Adobe photoshop

Tarikh: 05.06.2015
Masa: 8.00 Pagi -4.00 Petang
Tempat: Pusat Internet Desa Simpang Empat Perlis. 


Pengenalan

                  Adobe photoshop merupakan sebuah perisian menyunting gambar yang popular di gunakan pada hari ini. Photoshop dapat kita gunakan untuk melakukan segala hal yang berhubungan dengan suntingan gambar mulai dari keperluan fotografi , memperbaiki gambar, memanipulasi gambar, cover design , potrait design , advertisement design , design web serta design kreatif yang lain, dengan segala kelengkapan fiturnya membuat photoshop menjadi software popular dan banyak di gunakan oleh pakar rekabentuk.

Objektif Program
1. Memberi kemahiran dan memperkenalkan ciri-ciri CS5
2. Mengasah bakat dan kreativiti para peserta
3. Menjadikan Photoshop sebagai peluang untuk menjana pendapatan.

Bengkel ini adalah kali ke 2  di adakan di PID Simpang Empat bagi tahun 2015, Cik Wan Nur Adibah binti Wan Megat pemilik AZ Double Creatif dan juga salah seorang Usahawan PID Simpang Empat   bertindak sebagai tenaga pengajar di bantu oleh Pengurus PID . Seramai 6 Peserta terdiri daripada golongan belia dan pelajar telah menjayakan bengkel ini.
Sesi pembelajaran asas meliputi teknik digital make up, teknik tranform(perubahan wajah) dan teknik effect terminator. Di akhir program peserta di minta menghasilkan gambar yang menarik berdasarkan teknik yang telah di ajar . Pertandingan juga diadakan uantuk gambar yang paling menarik.

Gambar Program







MESYUARAT ZON 1 DAN ZON 2

Tarikh: 15.11.2016
Masa : 12.00 Tgh- 4.00 Ptg 
Tempat: Al Haura Arabic Kopitiam 

Agenda Mesyuarat

1. Perbincangan mengenai hala tuju PID 
2. Perbincangan Pencapaian SKT bagi tahun 2016
3. Perbincangan Laman Web  dan Blog PID Zon Utara. 
4. Perancangan bagi tahun 2017. 


Aktiviti Sekolah Kebangsaan Langkasuka Yan Kedah

 Tarikh: 18.11.2016
Masa: 8.00 pagi- 1.15 Tgh
Tempat : Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka Yan Kedah


Objektif Program

1. Microsoft word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para pelajar mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo flyer, laporan , borang dan sebagainya. 

2. Microsoft Power Point memberi pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif. 

Gambar Program





Monday 10 October 2016

BENGKEL FOLIO (PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN PT3 )


Tarikh: 12.07.2016 dan sepanjang bulan Julai 2016
Masa:  3.30 Petang -5.00 Petang
Tempat: Pusat Internet Desa Simpang Empat

Objektif Program: 

Program ini adalah khas untuk membantu para pelajar membuat kajian untuk melengkapi KPI Sukatan Pelajaran dalam Peperiksaan PT3. Dalam bengkel ini para peserta di ajar untuk mengambil gambar menggunakan smartphone serta mengedit gambar tersebut supaya lebih menarik dan jelas. 

Para pelajar juga di ajar menggunakan komputer dan smartphone untuk berhubung kaitkan antara satu sama lain. Di mana pelajar belajar membuat screenshoot yang akan di letakan di bahagian lampiran sebagai bukti menandakan pelajar juga menggunakan bahan daripada internet.
Pelajar juga di ajar bagaimana mengambil gambar dari internet dan di lampirkan ke dalam Folio masing-masing.

Pengisian :
1. Membantu para pelajar menggunakan kaedah-kaedah yang terkini dan cepat.
2. Mendapat maklumat yang tetap selain buku-buku rujukan yang terdapat di perpustakaan.
3. Belajar menggunakan smartphone dan komputer dalam masa yang sama.

Gambar sekitar Program: