menu

Thursday, 12 March 2015

Pesta Mentarang 22.02.2015 di Kampung Sungai Belati Simpang Empat Perlis.

Tarikh: 22.02.2015 ( Ahad)
Tempat : Pesisiran Pantai Kampung Sungai Belati Simpang Empat Perlis.

Aktiviti : Pesta / Pertandingan Selok Mentarang .

Pertandingan Selok Mentarang telah di adakan di Pesisiran Pantai Kampung Sungai Belati Simpang Empat Perlis. Pertandingan ini di adakan untuk mengeratkan lagi silatulrahim dan keakraban penduduk kampung sama ada yang muda atau tua, kanak-kanak dan remaja. 
Memandangkan Pengerusi JKK Kg Sungai Belati adalah Salah seorang Ahli Jawatankuasa PID Spg Empat, Si tukang tulis bersama-sama Kawan-kawan THE ZON 1 , berpeluang untuk turut serta dan menjalinkan lagi Ikatan Ukhwah yang sedia ada. 
Memadangkan pertandingan ini, melibatkan keadaan cuaca dan pasang surut air laut , bermula jam 7.00 pagi lagi para peserta telah turun ke pesisiran pantai untuk mengutip sebanyak mana mentarang (Kiraan Kilo) . Setiap musim angin timur , banyak mentarang terdapat di pesisiran pantai Kuala Perlis. 



Pemenang Selok Mentarang 48 Kilogram 

Gambar dari google

Persiapan Khemah PID telah dimulakan pada Jam 7.30 pagi dengan memasang Banner dan Kiosk PID. Khemah PID telah menerima kunjungan daripada ADUN Simpang Empat iaitu 
Yang Berhormat Tuan NurulHisham bin Yaakob.  

Pengerusi JKK Kampung Sungai Belati  iaitu EN Hassan bin Ya

Pelbagai acara telah di susun atur sepanjang karnival  Kampung ini. Pusat Internet Desa telah mengadakan acara tuip belon, mewarna kanak-kanak, teka silang kata , teka coklat . Manakala Kg Sungai Belati pula, mengadakan teka buat Cermai  dalam botol, kucing cantik dan lari dalam bendang untuk warga Emas. Kemeriahan Pesta ini di banjiri oleh penduduk-penduduk Kampung Sekitar Simpang Empat Perlis. Hadiah Utama untuk Pertandingan Selok Mentarang ialah sebuah Motosikal Terpakai. dan di sampaikan Oleh Datuk Seri Shahidan bin Kassim . 

Si Tukang Tulis bersama AJK PID ( Pengerusi JKK Kg Batas Lintang ) dan Ketua Zon 1







No comments:

Post a Comment