Tarikh: 28.10.2016
Tempat: Sekolah Menengah Yan Kedah
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mengajar para pelajar mengenai komponen-komponen yang
terdapat di dalam CPU
2. Mengajar mengenai Format
PC.
PENGISIAN:
Program ini adalah program
kerjasama di antara Pusat Internet Desa Zon 1 bersama Sekolah Menengah
Kebangsaan Yan Kedah buat pertama kalinya. Bengkel ini di hadiri seramai 135 Orang
pelajar lepasan PT3 baru-baru ini.
Program dimulai dengan ucapan kata-kata aluan daripada
Guru Teknikal SMK Yan dan wakil PID Zon 1 Pn Siti Rahmah. Kata-kata semangat
diberikan kepada para pelajar agar mereka yang berpeluang mengikuti bengkel ini
dapat menggunakannya dan mendapat maklumat yang tidak di ketahui sebelum ini.
Bengkel ini di teruskan dengan persembahan slaid pengenalan kepada perkakasan
komputer .Ini bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai perkakasan
yang terdapat di dalam sebuah komputer serta kegunaanya.
Setelah
penerangan di berikan , tiba masanya para pelajar di tunjukan cara membuka
perkakasan komputer yang diterajui oleh En. Shahiran Mohd Ali dari PID Kupang.
Para pelajar di bahagikan kepada 10 kumpulan dan ditunjukan car-cara membuka
perkakasan komputer satu- persatu. Penerangan diberikan sepanjang program
berlangsung agar apabila komputer di pasang kembali , ianya dapat berfungsi
dengan baik . Untuk slot ini, kumpulan paling cepat dan betul memasang
perkakasan komputer di berikan hadiah .
Selepas rehat, agenda seterusnya menformat pc, oleh En
Shamsul Affandi. Para pelajar di tunjukan cara format pc , langkah demi langkah
, cara membuat partition serta penerangan serba sedikit mengenai istilah
–istilah yang digunakan dalam sistem komputer.
Di akhir
taklimat atau sesi format komputer , para pelajar menjawab sepuluh soalan kuiz
berdasarkan pembentangan yang telah
dibuat dari pagi.Para pelajar kini,
dapat memahami istilah-istilah dan mengenal perkakasan komputer dengan lebih
tepat. Di akhir sesi bengkel ini, PID Zon 1 telah menyampaikan cenderahati
kepada dua orang guru yang terlibat secara langsung dalam program pasca PT3
bersama PID.
No comments:
Post a Comment