menu

Wednesday, 2 November 2016

BENGKEL ASAS ( MICROSOFT WORD MICROSOFT POWER POINT) PASCA UPSR TAHUN 2016

Tarikh: 23.10.2016
Tempat: Sekolah Kebangsaan Langkasuka Yan Kedah


OBJEKTIF PROGRAM:

1. Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat , memo , flayer ,laporan , borang dan sebagainya.

2. Microsoft Power Point memberi pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.


PENGISIAN:

Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjukajar dan penerangan  terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).


Seterusnya , para peserta di ajar menggunakan  Microsoft Power point pula, para peserta akan di ajar untuk membuat pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di akhir sekali mereka akan membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan menggunakan Internet”, sebagai kefahaman  terakhir sebelum mendapat sijil. 



No comments:

Post a Comment