Pada 21.02.2014 , di atas permintaan ramai, PID Spg Empat, telah melaksanakan satu bengkel menformat Laptop untuk para belia dan pelajar sekolah. Objektif Bengkel ini , di laksanakan untuk memberikan pendedahan kepada belia mengenai perisian -perisian laptop dan punca permasalahan yang di hadapi terutamanya Laptop 1Malaysia.
Sebelum ini, komuniti belia banyak meminta di adakan kelas menformat laptop , memandangkan komuniti belia tidak mahir serta buntu apabila komputer atau laptop mereka mengalami kerosakkan. Lantas , apabila En Mustakim Saad , bercuti semester . PID Spg 4, meminta beliau mengadakan bengkel untuk komuniti setempat secara percuma.
Dalam bengkel ini, beliau mengajar bagaimana menformat , mengemaskini data serta mengisi perisian terkini seperti antivirus serta android untuk menampung kapasiti laptop para peserta. Di mana dalam bengkel ini peserta membawa laptop masing-masing dan menyatakan permasalahan kepada en Mustakim , dan penerangan secara santai dari en Mustakim, untuk para peserta melakukan secara sendiri sambil di pantau oleh beliau dan pengurus PID Spg 4.
No comments:
Post a Comment