Bengkel menformat Gadget Handphone telah di adakan pertama kalinya di PID Simpang Empat pada 06.02.2014 (Khamis) . Objektifnya adalah untuk membolehkan komuniti belia setempat memiliki kemahiran asas mengenai Handphone terkini seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran ini agar boleh di jadikan pendapatan sampingan serta dapat mengetahui pemasalahan serta penyelesaiaan permasalah Gadget walaupun berlainan jenis (brand) atau Fungsinya ( function) .
Bengkel yang bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5 petang ini di hadiri oleh peserta-peserta golongan belia (lelaki) yang berminat untuk mempelajari kemahiran memformat Gadget tersebut. Selain itu , peserta di ajar untuk memasukkan perisian ke dalam Handphone masing-masing menggunakan perisian MOBOGENIE.
Bengkel ini di ajar oleh En Mustakim, merupakan bekas Pembantu PID serta Pelajar . Testimoni mengenai beliau ada di lampirkan di http://www.pidutara.net
Semoga dengan pengalaman dan pengetahuan yang di perolehi dari en Mustakim Saad dapat membakar semangat para peserta untuk meneruskan dan mengembangkan kemahiran .
No comments:
Post a Comment