OBJEKTIF
PROGRAM:
1.
Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang
amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen
seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2.
Microsoft Excel digunakan untuk
pengiraan, laporan, perancangan, penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta
persembahan dalam bentuk grafik/diagram.
3.
Microsoft Powerpoint memberi
pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.
4.
Internet dan E-mail memberi pendedahan kepada
peserta asas-asas internet, mencari maklumat dan asas penggunaan e-mail sebagai
perantara untuk berhubung pada masa kini.
BAJET
KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Yuran Pendaftaran RM30 (sekali bayaran untuk
Nota dan sijil )
PENGISIAN:
Modul dimulai
dengan modul asas ms word. Para pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms
word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjukajar dan
penerangan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para
peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak
latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi
mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara
menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).
Oleh sebab
komitmen kerja dan agenda harian yang lain , ini menyebabkan limit masa untuk
menghabiskan silibus pembelajaran Office mengikut pada kemampuan sesorang itu.
Apabila para peserta menghabiskan silibus mereka , mereka akan menghadapi
peperiksaan untuk menentukan tahap penguasaan subjek tersebut. Apabila berjaya
, mereka akan meneruskan subjek yang berikutnya.
Modul seterusnya
adalah ms excel. Seperti biasa para peserta didedahkan dengan tetingkap ms
excel serta penerangan mengenai istilah-istilah yang terdapat di dalam ms
excel. Formula asas diajar seperti sum, count, average, min, max, if, countif,
vlookup dan rank serta menghasilkan graf. Kepelbagaian latihan membolehkan para
peserta mencipta jadual dengan lebih baik dan menggunakan formula dengan lebih
berkesan. Tips-tips untuk mempercepatkan penggunaan formula juga diberikan sepanjang
pembelajaran.
Di dalam
Microsoft Power point pulak, para peserta akan di ajar untuk membuat
pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di akhir sekali mereka akan
membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan menggunakan Internet”,
sebagai peperiksaan terakhir sebelum mendapat sijil.
Play Slots Online | MrCMD
ReplyDeleteWe provide you with 화성 출장마사지 free 대전광역 출장안마 slot machines & online games by leading providers! 포천 출장마사지 you can find over 500 of the best 전라남도 출장안마 casinos in the world 문경 출장안마 right here. Casino games