menu

Sunday 18 March 2018

Karnival Kampung Program bersama Pemimpin (11.03.2018)

Jemputan Berkolaborasi bersama penduduk-penduduk Kampung Sungai Belati sempena Program Bersama Pemimpin ( Gagau Ikan dan Sukaneka) .
Tarikh: 11.03.2018
Tempat : Tapak sawah Milik Pengerusi JKKK Kampung Sungai Belati
Aktiviti : Gagau Ikan, Sukaneka Kampung , Taklimat Erezeki dan Eusahawan, dan lain-lain lagi. 


     Tujuan program berkolaborasi di adakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para belia dan komuniti setempat dan sekitarnya serta usahawan-usahawan Desa mengenai Program Erezeki dan Eusahawan untuk menyertainya melalui Pusat Erezeki PID Simpang Empat dan secara amnya Pusat Internet Desa Zon 1. 

Selain itu , Kolaborasi ini juga ingin memaklumkan kepada penduduk-penduduk kampung mengenai Pusat Internet Desa Simpang Empat serta kemudahan-kemudahan serta capaian Internet yang telah "diUp-grade kan" untuk kesenangan Komuniti setempat untuk urusan -urusan rasmi kerajaan seperti Pendaftaran darjah 1 dan Prasekolah, BNO(Daftar Kahwin Online) , SSM , Internet baking dll. 

Melalui Berkolaborasi bersama komuniti amnya  secara tidak langsung  merapatkan jurang teknologi di kalangan komuniti setempat dan sekitarnya. 

Pertandingan-pertandingan sukaneka  ini di adakan untuk mengeratkan lagi silatulrahim dan keakraban penduduk-penduduk kampung bersama pemimpin dan  Pusat Internet Desa Simpang Empat. 

  Pelbagai acara telah disusun atur sepanjang Karnival . Pusat Internet mengadakan pertandingan mewarna tiup belon , teka coklat dan Kerusi Berirama. Kemeriahan Pesta ini di banjiri oleh penduduk-penduduk kampung dan penduduk-penduduk sekitarnya. 

Tarikan para belia dan Komuniti setempat mengenai Erezeki dan Eusahawan juga amat menggalakkan.
















No comments:

Post a Comment