TARIKH : Mei 2016
MASA: 9 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI DAN
2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR LEPASAN SPM
OBJEKTIF PROGRAM:
1.
Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para
peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo,
flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2. Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan,
penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk
grafik/diagram.
3. Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat persembahan
dan penyampaian slaid secara kreatif.
4. Internet dan E-mail memberi pendedahan kepada peserta asas-asas
internet, mencari maklumat dan asas penggunaan e-mail sebagai perantara untuk
berhubung pada masa kini.
PENGISIAN:
Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para
pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang
digunakan. Para peserta diberi tunjukajar dan penerangan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan
latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik
setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga
diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight
teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut
(right klik).
Oleh sebab komitmen kerja dan
agenda harian yang lain , ini
menyebabkan limit masa untuk
menghabiskan silibus pembelajaran Office mengikut pada kemampuan sesorang itu.
Apabila para peserta menghabiskan silibus mereka , mereka akan menghadapi
peperiksaan untuk menentukan tahap penguasaan subjek tersebut. Apabila berjaya
, mereka akan meneruskan subjek yang berikutnya.
Modul seterusnya adalah ms excel. Seperti biasa para
peserta didedahkan dengan tetingkap ms excel serta penerangan mengenai
istilah-istilah yang terdapat di dalam ms excel. Formula asas diajar seperti
sum, count, average, min, max, if, countif, vlookup dan rank serta menghasilkan
graf. Kepelbagaian latihan membolehkan para peserta mencipta jadual dengan
lebih baik dan menggunakan formula dengan lebih berkesan. Tips-tips untuk
mempercepatkan penggunaan formula juga diberikan sepanjang pembelajaran.
Di dalam Microsoft Power point pulak, para peserta
akan di ajar untuk membuat pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di
akhir sekali mereka akan membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan
menggunakan Internet”, sebagai peperiksaan terakhir sebelum mendapat sijil.
No comments:
Post a Comment