TARIKH : 17.03.2015
MASA: 9 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
TEMPAT: MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR KEDAH
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
PENERANGAN MENGENAI PROGRAM:
Program ini adalah usahasama di antara Guru Kelab Komputer Maktab Mahmud Alor Setar Kedah dengan Pusat Internet Desa Zon 1. Seramai 54 orang
pelajar menyertai bengkel ini. Bengkel ini di berikan 2 sesi iaitu Bengkel Audocity dan Bengkel Photostory.
Bengkel dimulakan dengan En. Shahiran Mohd Ali
dari PID Kupang memberi taklimat berkenaan perisian audacity. Berikut adalah
agenda modul audacity:
Audacity
1.
Pengenalan
2.
Objektif
3.
Merakam suara
4.
Memendekkan muzik/lagu
5.
Menambahkan kesan muzik/lagu
6.
Latihan
7.
Kesimpulan
Audacity adalah
sebuah perisian yang digunakan untuk menyunting muzik seperti merakam suara,
memendekkan muzik dan sebagainya. Photostory adalah sebuah perisian membuat
video seakan-akan movie maker. Photostory hanya digunakan untuk menerbitkan
fail gambar ke bentuk video sahaja.
OBJEKTIF
1. Mengasah bakat dan
kreativiti para pelajar.
2. Menggalakkan pengunaan
aplikasi percuma.
3. Mempelajari teknik
merakam dan mengedit bunyi.
4.
Menerapkan
kreativiti dalam penghasilan digital story telling
5.
Menerapkan
kemahiran membuat skrip berdasarkan gambar
6.
Diakhir kursus,
para peserta dapat menerapkan kemahiran membuat video, menulis skrip,
memasukkan suara dan memilih
lagu yang bersesuaian dengan video yang akan dipamerkan.
Kemudian Photostory
disampaikan oleh Pn. Siti Rahmah Samsuden dari PID Yan. Berikut agenda modul
Photostory :
Photostory
1.
Langkah memulakan photostory
2.
Memasukkan gambar
3.
Memasukkan kesan khas
4.
Memasukkan suara dan lagu
5.
Menyimpan dan mempamer hasil
kerja
Bengkel ini juga
dibantu oleh fasilitator dari PID Zon 1 iaitu
En. Mohd Faizan Mahmood,
En.
Shamsul Affandi,
Pn. Rahimawati Rahim dan
Cik Nurlina Muhammad Hatta.
PENUTUP
Setelah mempelajari
dua perisian ini, para pelajar diminta menghasilkan sebuah video pendek
bertajuk. Video tersebut dipamerkan dan diberi ganjaran hadiah bagi video
terbaik. Diakhir kursus para pelajar dapat menghasilkan sebuah video pendek
bertajuk “Sekolahku” dengan menggunakan kedua-dua perisian.