menu

Thursday, 12 March 2015

Pesta Mentarang 22.02.2015 di Kampung Sungai Belati Simpang Empat Perlis.

Tarikh: 22.02.2015 ( Ahad)
Tempat : Pesisiran Pantai Kampung Sungai Belati Simpang Empat Perlis.

Aktiviti : Pesta / Pertandingan Selok Mentarang .

Pertandingan Selok Mentarang telah di adakan di Pesisiran Pantai Kampung Sungai Belati Simpang Empat Perlis. Pertandingan ini di adakan untuk mengeratkan lagi silatulrahim dan keakraban penduduk kampung sama ada yang muda atau tua, kanak-kanak dan remaja. 
Memandangkan Pengerusi JKK Kg Sungai Belati adalah Salah seorang Ahli Jawatankuasa PID Spg Empat, Si tukang tulis bersama-sama Kawan-kawan THE ZON 1 , berpeluang untuk turut serta dan menjalinkan lagi Ikatan Ukhwah yang sedia ada. 
Memadangkan pertandingan ini, melibatkan keadaan cuaca dan pasang surut air laut , bermula jam 7.00 pagi lagi para peserta telah turun ke pesisiran pantai untuk mengutip sebanyak mana mentarang (Kiraan Kilo) . Setiap musim angin timur , banyak mentarang terdapat di pesisiran pantai Kuala Perlis. 



Pemenang Selok Mentarang 48 Kilogram 

Gambar dari google

Persiapan Khemah PID telah dimulakan pada Jam 7.30 pagi dengan memasang Banner dan Kiosk PID. Khemah PID telah menerima kunjungan daripada ADUN Simpang Empat iaitu 
Yang Berhormat Tuan NurulHisham bin Yaakob.  

Pengerusi JKK Kampung Sungai Belati  iaitu EN Hassan bin Ya

Pelbagai acara telah di susun atur sepanjang karnival  Kampung ini. Pusat Internet Desa telah mengadakan acara tuip belon, mewarna kanak-kanak, teka silang kata , teka coklat . Manakala Kg Sungai Belati pula, mengadakan teka buat Cermai  dalam botol, kucing cantik dan lari dalam bendang untuk warga Emas. Kemeriahan Pesta ini di banjiri oleh penduduk-penduduk Kampung Sekitar Simpang Empat Perlis. Hadiah Utama untuk Pertandingan Selok Mentarang ialah sebuah Motosikal Terpakai. dan di sampaikan Oleh Datuk Seri Shahidan bin Kassim . 

Si Tukang Tulis bersama AJK PID ( Pengerusi JKK Kg Batas Lintang ) dan Ketua Zon 1







Monday, 26 January 2015

Lawatan Kerja ( Rangkakerja strategik ) dari Lecture UUM Sintok.


Tarikh: 26.01.2015  Hari : Isnin
Tempat : Pusat Internet Desa Simpang Empat Perlis

Aktiviti :  Lawatan Kerja daripada Pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM Sintok Kedah

Pada 26.01.2015 , PID berkesempatan menerima Lawatan daripada Pensyarah-Pensyarah UUM untuk membuat sedikit soal selidik  bagi tahun 2015.Kehadiran Pensyarah-pensyarah ini untuk  membuat bancian mengenai telecentre kepada komuniti setempat.Ketibaan mereka di sambut secara sederhana , memandang saya si tukang tulis sibuk melayan pengguna-pengguna PID dan dalam masa yang sama , Kelas Wanita (MCA) juga turut dijalankan di waktu pagi.

Kehadiran Puan Iadah dan Puan Zahurin .. adalah tetamu yang sudah lama tidak berjumpa , kerana mereka adalah pensyarah-pensyarah yang sering datang ke Pusat Internet Desa Simpang Empat untuk menjalankan kajian  mengenai ICT untuk komuniti dari si tukang tulis mula-mula berkerja sehinggalah sekarang...
kerahmahan mereka sama seperti dulu...

Kami sempat bersembang-sembang mengenai perkembangan PID dari dulu hingga sekarang , dan  mengenai ICT setempat. 


 Soalan untuk komuniti

Puan Iadah Yusop (tudung Pink)


Puan Zahurin Mat Aji

Cenderahati untuk Komuniti yang menjawab soalan. 


Tuesday, 6 January 2015

Kelas Warga Emas ( Wanita MCA)




Kelas Warga Emas  untuk Wanita MCA : Berkaca Mata : Koay Bee Siew 
                                                              : Tidak Berkaca mata : Lim Pung Bee