menu

Tuesday, 30 December 2014

PID Menjadi tempat tumpuan untuk Kemaskini BR1M bagi komuniti setempat.



BENGKEL CUTI SEKOLAH TAHUN 2014

Tajuk bengkel: Office 2010 untuk Tingkatan 1 
Tarikh bengkel : 01.12.2014 sehingga 18.12.2014 

Sempena cuti sekolah , PID telah menawarkan Bengkel untuk pelajar Tingkatan 1  yang berdekatan untuk mempelajari Office 2010 untuk memahirkan pelajar-pelajar berikut untuk membuat folio sebagai kerja rumah yang di wajibkan untuk mereka. 

Selain itu, mereka juga di berikan talimat dalam bentuk exam power point mengenai kesedaran ict dalam kehidupan seharian .. sambil membuat latihan tersebut mereka juga dapat mengetahui kebaikan dan keburukan ICT. 
Oleh sebab keadaan PC yang kurang dan juga terpaksa berkongsi pc dengan kelas warga emas, pelajar di hadkan kepada 6 sahaja pada 1 sesi .. 
Kelas juga , terpaksa di adakan mengikut pada keadaan cuaca , memadangkan sepanjang hari ada yang hari hujan, pelajar tidak dapat menghadiri kelas. 










Kelas Warga Emas ( Office 2010)

Tajuk : Kelas Warga Emas 
Tarikh : Bulan Oktober sehingga Disember 2014
Tempoh : belajar sampai boleh


Pada awal Bulan Oktober 2014, PID Simpang Empat telah menerima seorang pelajar warga emas lelaki bernama Ooi  Choo Ngian  yang berusia 66 tahun, seorang kerani (partime) dan peniaga yang terlibat dalam GST. 
Beliau berasal dari Kuala Perlis dan setiap pagi beliau akan datang ke PID untuk mempelajari Office 2010. Kelas bermula jam 9.30 Pagi sehingga 1.00 tenghari .. setiap Isnin hingga Jumaat, 
Beliau juga membawa 2 orang sahabatnya untuk juga mempelajari ilmu komputer di PID, 
iaitu : Koay Bee Siew  ( 56 Tahun)
        Lim Pung Bee   ( 67 tahun) 

Setelah tamat , beliau akan mempelajari Microsoft Access di PID pada bulan Januari 2015.
Manakala Koay Bee Siew pula , akan mempelajari microsoft Publisher. 
semoga mereka akan berjaya...





Pra Retreat Di Swiss Inn Sungai Petani Pada 4 - 6 September 2014


Tajuk Kursus : Pra Retreat di Swiss Inn Sungai Petani Kedah 
Tarikh Kursus: 04-06.September 2014 ( Khamis - Sabtu) 

Pra Retreat  PID  adalah sebahagian agenda untuk mengetahui perkembangan PID yang telah melaksanakan aktiviti  sepanjang setengah tahun 2014. Pra Retreat kali ini, di anggotai oleh PID Zon 1( Perlis dan Kedah ) , PID Zon 2 (Pulau Pinang dan Perak)  dan PID Zon 5 ( Terengganu dan Kelantan). Kehadiran Encik Maz Malek selaku SUB  dan Puan Hajjah Faudziah Mohd Amin KPSU bahagian Kemudahan . 

Perlbagai agenda dan perbincangan di lakukan untuk terus  mengukuhkan  PID sebagai Telecentre Pertama  berdaya maju seiring dengan telecentre yang lain. 






Wednesday, 17 September 2014

BENGKEL CUTI SEKOLAH ( 17 DAN 18. SEPTEMBER 2014)

Tajuk Kursus : Bengkel Movie Maker (Digital Story Telling) 
Tarikh Kursus : 17-18.09.2014( Rabu- Khamis) 
Serba Sedikit Mengenai Bengkel :  

Sempena Hari Cuti Sekolah penggal pertama , PID Simpang Empat telah menawarkan Bengkel untuk pelajar-pelajar sekolah Menengah ( Darjah 5  sehingga Ting 4 ) untuk mempelajari bagaimana membuat Video Movie  sebagaimana yang terdapat di Youtube . 
Pada hari Pertama, Saya selaku pengajar mengajar teknik2 yang harus ada dalam sesebuah movie dan mengedit serta memasukan video dari Youtube ke dalam Movie mereka.
Di sini saya mengajar bagaimana menggunakan YTD  dan Convert MP 4 ke Mp 3. Serta Mendownload  lagu dari  Internet. 

Akhirnya setiap pelajar berjaya dengan jayanya  dan inilah movie2nya...

Sumber Pembelajaran : Youtube (Video) 

Selamat menonton hasil daripada pelajar2 PID Simpang Empat ...



"Hari Pertama "
 Syaza  11 tahun 


     "Hari Kedua  "
 Syaza  11 tahun 





Tuesday, 17 June 2014

MICROSOFT PUBLISHER

         
TEMPAT BERKURSUS: 
AKEDEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA BATU GAJAH PERAK 
TARIKH: 
13.06.2014 (JUMAAT )SEHINGGA 15.06.2014(AHAD)
FASILITATOR:
 BRO FAUZ & BRO LUUQ


FROM https://www.facebook.com/Indahteam
Cerita Serba Sedikit mengenai kursus:
Kursus yang paling best , simpel dan menarik .. Penerangan yang mudah di fahami serta tidak membosankan walaupun Jadual betul2 padat dengan aktiviti .Namun yang pasti kita semua Enjoy... dapat facilitator yang sporting habis..  dan kalau boleh semua benda dia nak bagitau...
Kursus ini menerangkan bagaimana membina Flyers , banner dan business  card dengan menggunakan kaedah-kaedah link-link yang terdapat di internet.
Selain itu, kursus ini mengajar mengenai " Marketing Online ".

Di sini, kakitangan kakitangan PID berkumpul ,  setelah lama tidak bersua muka hanya FB menjadi medan perhubungan .
Zon 1 
Rahimawati - F29 -PID Spg 4
Shahiran -F29 - PID Kupang
Zon 2
Hanni Najwa- F29 -PID Tasek Gelugor
Sarina -F29 -PID Balik Pulau
Salihah- PID Selama
Zon 3
Nurul Elma Afzhan - PID Sg Air Tawar
Aida - PID Parit
Nizam -PID Tanjung Malim
Zon 4
Sakinah - PID Sg Pelek
Syima -Ketua Zon 4
Zon 5 
Aisyah - PID Jempol
Zon 6
Faizan - PID Sg Koyan
Obai - Juruteknik PID Sg Koyan

Inilah si Tukang Tulis 


Geleri kenangan di APBM Batu Gajah Perak ....






Friday, 25 April 2014

Kursus Pengurusan Rekod dan Fail @ MKM Cawangan Utara


TAJUK KURSUS : Kursus Rekod dan Fail 
TARIKH KURSUS: 08.04.2014 (SELASA) -10.04.2014(KHAMIS)
SERBA SEDIKIT MENGENAI KURSUS: 

Kursus ini, mengajar mengenai Pengurusan Fail dan Rekod mengenai sesebuah syarikat ataupun Pertubuhan ataupun Koperasi. Selain itu, tenaga pengajarnya mengajar mengenai amalan 5 " S" yang sepatutnya di amalkan di sesebuah organisasi. Pada hari kedua , lawatan ke Arkid Negara Cawangan Kedah/ Perlis dan lawatan ke Rumah Merdeka. 
Seramai 44 orang terlibat di dalam kursus ini , merangkumi beberapa koperasi  , dan kakitangan-kakitangan kerajaan . 
Tenaga Pengajar Cik Syuhada   dan Puan NorAfidah 
Selain itu, di hari ketiga aktiviti berkumpulan di adakan , untuk pertandingan  logo 5 "S" . Terdapat 6 kumpulan untuk pertandingan tersebut dan dijuari oleh kumpulan "KONITA " yang mana terdiri daripada wanita-wanita sahaja .. dan kumpulan ini juga adalah kumpulan si tukang tulis...

GELERI DI MKMCU 



Monday, 31 March 2014

Lawatan mengejut daripada Pelajar Luar Negara dari Universiti Utara Malaysia



Tarikh: 25.03.2014
 Hari : Selasa
Tempat : Pusat Internet Desa Simpang Empat Perlis.


Aktiviti : Lawatan mengejut daripada Pelajar Luar Negara dari Universiti Utara Malaysia .

1. Iman Kadhim Ajlan (Master)
2. Ibtisam Hama (Master)



Pada 25.03.2014, Pusat internet Desa Simpang Empat berkesempatan menerima pelajar Luar Negara yang sedang melanjutkan pelajaran ke Bidang Master di Universiti Utara Malaysia. Ketibaan mereka di sambut secara sederhana memandangkan ianya tidak di rancang sama sekali dan tiada janjitemu di janjikan.

Pusat Internet Desa Simpang Empat,memberi serba sedikit penerangan mengenai PID dan membantu Pelajar-pelajar ini untuk menjalankan kajian mereka untuk melengkapkan  pengajian mereka  .

Saya si tukang tulis, bertuah kerana Ibtisam Hama pandai berbahasa melayu dengan fasih ,malah menolong sahabatnya Iman dari Iraq yang hanya tahu berbahasa Inggeris sahaja.

Hampir 1 jam  sesi temubual, mereka meminta diri untuk ke Pusat Internet Kuala Nerang pula.

Esoknya , kami berjumpa lagi di Pusat Internet Bukit Kayu Hitam ...
  


JUMPA ESOK... BYE...

Wednesday, 5 March 2014

ADOBE IIUSTATOR (AI )

TARIKH: 24.02.2014
TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARUL AMAN JITRA KEDAH

TAJUK KURSUS : ADOBE IIUSTATOR (AI )


Pada 24.02.2014, Zon 1 telah menghadiri Kursus Adobe Iilustator yang di adakan di Kolej Komuniti Jitra . Selama 1 Hari berkursus. Banyak Ilmu yang dapat di pelajari oleh saya serta rakan-rakan saya . Walaupun ada masanya saya hampir putus asa, namun kawan-kawan serta Lecture banyak membantu.
Abobe Iilustator ini, berlaianan dengan perisian Adobe Photoshop , dimana ianya di gunakan untuk melukis dan mereka sesebuah disign banner  atau lain-lain.

so kenangan kursus AI ini memang Best.. mybe lepas ini ada sambungan AI lagi?...

Jumpa Esok ... di PID Tasek Gelugor Peneng Pula...


..  SO ESOK PULK KURSUS MARKETING.. DAH CUKUP 2 ARI KURSUS..

JUMPA ESOK... BYE...

Bengkel Asas Marketing Online dan Mesyuarat PID Zon Utara

 PADA : 25.02.2014
TEMPAT : PUSAT INTERNET DESA TASEK GELUGOR PULAU PINANG.



Pada 25.02.2014 yang lalu, Pusat Internet Desa Zon Utara di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan Bengkel  Asas Marketing online dan Mesyuarat PID Zon Utara bagi sesi 2014.

7 buah PID terlibat dan di wakili oleh Pengurus dan Ketua Zon 1  En Mohd Faizan Mahmood   serta Ketua Zon 2 Puan Siti Huraizah Abd Rahman  . 

Antara PID yang terlibat adalah: 


 Kedah Darul Aman 

PID Bukit Kayu Hitam  - Cik Nurlina  Mohd Hatta

PID Kuala Nerang Kedah - Cik NorAzliza Abd Hamid (Juruteknik) 

                                         - Cik Azuwa Yussof (Kerani Zon 1 )

PID Kupang  - Encik Shahiran Mohd Ali

Pulau Pinang, Pulau Mutiara

Tasek Gelugor (Tuan Rumah)  - Puan Hanni Najwa Halim

Balik Pulau - Cik Sarina Ishak 

                                            - Cik Syazliana Sharimi (Kerani Zon 2) 

Perak Darul Ridzuan 

Kuala Kurau - Puan Zatul Immah Jamaludin 

Perlis Indera Kayangan 

Simpang Empat  - Puan Rahimawati Abd Rahim

Bengkel ini berlangsung selama 1 hari , mendapat sambutan yang menggalakan. 

Antara aktiviti yang dijalankan:

1. Pengenalan Mengenai Marketing

2. Sesi pendaftaran FB Pages

3. Pembinaan FB Pages.

Mesyuarat di jalankan selepas sesi bengkel tamat. 



Wednesday, 26 February 2014

DR PC



Pada 21.02.2014 , di atas permintaan ramai,   PID Spg Empat, telah melaksanakan satu bengkel menformat Laptop  untuk para belia dan pelajar sekolah. Objektif  Bengkel ini , di laksanakan untuk memberikan pendedahan kepada belia  mengenai perisian -perisian laptop  dan punca permasalahan yang di hadapi terutamanya Laptop 1Malaysia.

Sebelum ini, komuniti belia banyak meminta di adakan kelas menformat laptop , memandangkan komuniti belia tidak mahir serta buntu apabila komputer atau laptop mereka mengalami kerosakkan. Lantas , apabila En Mustakim Saad , bercuti semester . PID Spg 4, meminta beliau mengadakan bengkel untuk komuniti setempat secara percuma. 

Dalam bengkel ini, beliau mengajar bagaimana menformat , mengemaskini data serta mengisi perisian terkini seperti antivirus serta android untuk menampung kapasiti laptop  para peserta. Di mana dalam bengkel ini peserta membawa laptop masing-masing dan menyatakan permasalahan kepada en Mustakim , dan penerangan secara santai dari en Mustakim, untuk para peserta melakukan secara sendiri sambil di pantau oleh beliau dan pengurus PID Spg 4.