Impak pelaksanaan PID didapati ianya telah berjaya merubah tahap sosio-ekonomi penduduk luar Bandar terutamanya usahawan kecil tempatan. Perkara ini dapat dilihat apabila PID telah menyediakan peluang untuk mempromosikan hasil keluaran/perkhidmatan usahawan tempatan melalui laman-laman web yang disediakan di setiap PID. Secara purata dianggarkan 50-90 orang menggunakan PID dalam seminggu dimana penggunaannya adalah secara percuma. Bagi pengguna baru, mereka akan diberi latihan asas komputer dan asas internet.
Penubuhan
Pada bulan Jun 2008, Pusat Internet Desa Simpang Empat bersama AJK Penyelaras PID telah bersetuju mewujudkan Kelab Ushawan Sosial PID bagi merealisasikan fungsi PID dalam melahirkan komuniti yang dapat menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan yang berkesinambungan dengan kemudahan teknologi rmaklumat.
Dengan ini, Kelab Ushawan Sosial PID akan memberi perkhidmatan yang dapat memperkasakan dan memperkukuhkan lagi sosial, ekonomi dan taraf hidup komuniti melalui platform yang disediakan
Visi
Ke arah melahirkan komuniti ushawan yang berteknologi maklumat.
Misi
Mewujudkan perkongsian pintar antara ahli kelab usahawan sosial, usahawan sedia ada, usahawan komersial dan ahli-ahli badan sukarelawan.
Objektif
· Menyediakan ‘platform’ untuk melahirkan usahawan sosial dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keushawanan sosial demi faedah bersama
· Mengadakan program-program yang melibatkan usahawan-usahawan sedia ada dengan cara memberi sumbangan kepakaran dan kemahiran yang dapat dikongsi bersama kepada bakal usahawan untuk peningkatan diri dan kerjaya mereka
Sebagai bahagian yang menyokong usaha PID untuk merealisasikan hasrat agar usahawan-usahawan komuniti ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan PID dan ahli-ahli kelab itu sendiri;
Menjadi penghubung kepada rangkaian kerjasama kelab usahawan sosial yang meliputi 42 PID di seluruh Malaysia
· Mendapat kemudahan diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks, capaian internet, percetakan (fotostat) dan lain-lain lagi
Merangka rancangan jangkapanjang untuk penjanaan dana tabung kelab usahawan sosial dan memanfaatkan dana tersebut untuk pembangunan PID dan kelab.

No comments:
Post a Comment