NAMA PROGRAM: BENGKEL ASAS
PUSAT
INTERNET DESA SIMPANG EMPAT
TARIKH : 25.07.2018
MASA: 2.00
petang - 5.30 petang
TEMPAT: Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis
BIL. PESERTA : 58 Orang
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat
berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen
seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2. Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat
persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.
BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Percuma
PENGISIAN:
Bengkel ini adalah Kolaborasi di antara Pusat Internet Batas Lintang dengan Pusat Internet Simpang Empat Perlis dan Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam Kedah .
Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para pelajar diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjuk ajar dan penerangan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).
Seterusnya , para peserta di ajar menggunakan Microsoft Power point pula, para peserta akan di ajar untuk membuat pembentangan , bagaimana memasukan gambar dan di akhir sekali mereka akan membuat satu pembentangan yang bertajuk “ Keselamatan menggunakan Internet”, sebagai kefahaman terakhir sebelum mendapat sijil.